วันศุกร์ที่ 5 ตุลาคม พ.ศ. 2555

อธิบดีกรมการพัฒนาชุมชน



Kelantan latih pasukan kriket di Selatan Thailand Monday,

Persatuan Kriket Melayu Malaysia
(Malay Cricket Association of Malaysia)
2512, Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603.21450000 / +603.21452222 Fax: +603.21454444

25 June 2012 20:11
ANTARA ahli Kriket Kelantan yang menyertai mesyuarat agung tahunan di Tanah Merah pada 23 Jun 2012. Turut sama ialah Pengelola Kriket Pattani, Thailand, Azmi Kadir (barisan depan, dua dari kanan).TANAH MERAH - Permainan kriket di wilayah Pattani di Thailand akan dikembangkan secara menyeluruh apabila Persatuan Kriket Kelantan membuat keputusan menghantar jurulatih bermula Oktober ini. Ketetapan ini dibuat sewaktu mesyuarat agung tahunan Kriket Kelantan di sini pada 23 Jun 2012 yang dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Azmi Mohd. Ali. Pengelola Kriket Pattani, Azmi Kadir turut hadir pada mesyuarat berkenaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan telah memberikan penjelasan panjang lebar mengenai perkembangan sukan berkenaan wilayah itu. "Kami akan mula menghantar jurulatih Oktober ini dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. "Kami juga akan membantu mengendalikan beberapa sesi kursus kejurulatihan kepada jurulatih di sana bersama Persatuan Kriket Thailand yang berpusat di Bangkok," kata Presiden Kriket Kelantan itu. Tiga bulan lepas, Kriket Thailand telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia mengenai sokongan kejurulatihan ke dua wilayah di Selatan Thailand; Pattani dan Yala setelah kriket sudah mula diperkenalkan tetapi masih kurang sambutan. Ketua Eksekutif Kriket Thailand, Mohideen A. Kader telah mengadakan tiga sesi perbincangan dengan wakil Kriket Melayu di Kuala Lumpur dan Bangkok dan bersepakat Kriket Kelantan akan membantu dari dekat kerana hanya mengambil masa tiga jam dari sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok untuk ke kedua-dua wilayah berkenaan. Kriket Kelantan memiliki ramai pemain kriket remaja berkualiti dan setakat ini 21 pemainnya berada dalam program Projek Kriket Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (Selangor), SMK Penang Free (Pulau Pinang), SMK Victoria dan SMK Segambut Jaya (Kuala Lumpur). "Kami yakin pencapaian pemain di wilayah ini akan meningkat apabila sokongan kejurulatihan diperkemaskan. "Kami juga tidak akan menghadapi masalah kerana kedua-dua wilayah dapat bertutur dalam bahasa Melayu Kelantan dengan fasih." kata Azmi.
ANTARA ahli Kriket Kelantan yang menyertai mesyuarat agung tahunan di Tanah Merah pada 23 Jun 2012. Turut sama ialah Pengelola Kriket Pattani, Thailand, Azmi Kadir (barisan depan, dua dari kanan). ANTARA ahli Kriket Kelantan yang menyertai mesyuarat agung tahunan di Tanah Merah pada 23 Jun 2012. Turut sama ialah Pengelola Kriket Pattani, Thailand, Azmi Kadir (barisan depan, dua dari kanan).

อ้างถึง: เว็บไซต์ Kriket Melayu Malaysia